SYAHADAH ADALAH JAWAPAN TUJUAN HIDUP



فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.
[Surah Muhammad, 47 : 19]
                                                      بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Pernah tak dlm diri kita tertanya-tanya, kenapa kita berada di dunia ini. Apa tujuan hidup ini?

Begitulah persoalan-persoalan yang bermain di benak saya beberapa lama. Mencari tapi tak tahu apa yang nak dicari.

Entah la kenapa diri ini sentiasa rasa tidak tenang dan tenteram, macam ada sesuatu. Kalau ikutkan kitaran hidup rasanya dah okay dah. Belajar - Grad - Kerja - Family.

SOLAT tapi rasa KOSONG
PUASA tapi rasa KOSONG
SEDEKAH tapi rasa KOSONG
KOSONG..KOSONG..KOSONG macam lagu najwa latif tuu. eheee

Justeru, bermulalah pencarian dalam misi "mencari jiwa" atau dalam bahasa omputehnya "soul searching". Saya pun start google kelas-kelas agama, kelas mengaji Quraan, usrah. Pantang ada kelas di KL pun sanggup redah semata-mata untuk isikan jiwa yang kosong. Tapi masih rasa KOSONG. Entah apa yang tak kena.

Diam-diam saya mohon doa, "Ya Allah, bawa aku padaMu"

Gunung Irau, Ogos 2014

EPISOD KEHIDUPAN BARU DENGAN SYAHADAH

Dipendekkan cerita terjumpa iklan tentang program Magnet Syahadah 2015. Pertama kali tengok poster ni, seminar tentang ilmu Syahadah memang tak pernah saya ikuti selama ni. Siap dengan forum dan muzakarah. So tanpa berlengah terus daftar jadi volunteer bahagian media. Kebetulan pula , saya tengah bercuti waktu tu, ini memang peluang keemasan.


sheikh dr ismail kassim sesat

Alhamdulillah, bertitik tolak dengan program Magnet Syahadah pada 19 & 20 Disember 2015 maka bermula episod kehidupan yang baru dengan SYAHADAH. Syukur yang tidak terhingga.

Pengalaman menjadi volunteer untuk program Magnet Syahadah 2015 sangat memberi sinar baharu dalam kehidupan. Bukan sahaja menjadi volunteer malah mutiara ilmu yang dikutip dari program ini memberi satu impak yang sangat mendalam. Memang sangat enjoy sepanjang 2 hari program Magnet Syahadah. Nak pula, saya jadi photographer memang ke sana ke mari la setiap penjuru dewan. Peserta Magnet Syahadah bukan sahaja dari Malaysia, malah dari pelbagai negara seperti India, Pakistan, Aceh, Singapura, Brunei, Thailand & China. Sempat jugala snap gambar peserta-peserta Magnet Syahadah.


 Penuh dewan hingga belakang, sampai kena atur kerusi tambahan


Tersentuh dengan pengisian rohani, berlinangan air mata

Antara kumpulan muzakarah
Barulah saya tahu, semuanya bermula dengan syahadah. Syahadah yang sebenar-sebenar beserta ilmu. Syahadah adalah penyaksian. Seumur hidup ini pertama kali saya didedahkan dengan ilmu Syahadah La ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Selama ni ingat dah habis dah Rukun Islam yang Pertama, rupanya ada ilmu dan amalannya. Selama ni saya hanya mengucap tanpa menyaksi dengan sebenar-benar penyaksian. Ucapan sekadar di bibir. KOSONG.

Patutlah selama ni solat terasa kosong serta ibadah-ibadah yang lain terasa kosong kerana tiada syahadah rupanya. Allahu Akbar, sungguh saya sangat bersyukur kerana Allah telah lorongkan hambaNya yang jahil ini. Bermula saat itu, saya berazam untuk mempelajari ilmu syahadah la ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Lautan-lautan ilmu yang tidak habis.

وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِن شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِن بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَّا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[Surah Luqman, 31 : 27]


sheikh dr ismail kassim sesat
Forum dan sesi soal jawab oleh panelis
[dari kiri Azmir Ahmad, Ustaz Khairul Anuar, Sheikh Mahveesha (Singapura, YM Sheikh Dr Ismail Kassim, Ustaz Zulfan (Aceh), Ustaz Suhaimi]

sheikh dr ismail kassim sesat
Pengisian tentang kepentingan Syahadah daripada YM Sheikh Dr Ismail Kassim yang menggegarkan qalbu, memang terasa tanpa sedar air mata mengalir deras

Allah telah berfirman di dalam Al Quraan dengan perintahNya untuk mempelajari ilmu La ilaha illAllah dalam Surah Muhammad , ayat 19.

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.
[Surah Muhammad , 47 : 19]


Semoga kalian juga dilorongkan untuk mempelajari ilmu Syahadah. Amin.

Banyak lagi nak dikongsikan ni, tunggu next post okay :)

























0 comments:

Post a Comment